21 Februari 2014 - 20:30
Demonstrasi besar-besaran Syiah Arab Saudi setelah kematian dua pemuda

Demonstrasi atas nama "Kumpulan Solidariti Islam" berlangsung di Qatif, ratusan penduduk wilayah ini mendesak perlaksanaan hukuman Qisas ke atas pelaku jenayah dan pembebasan tahanan dalam insiden serbuan polis baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan terbunuhnya dua pemuda Arab Saudi akibat ditembak oleh pasukan polis rejim Al Saud, ratusan penduduk di Wilayah Qatif memenuhi jalan-jalan pada hari Khamis dan Jumaat sambil melaungkan slogan "Kematian untuk Al Saud".Demonstrasi atas nama "Kumpulan Solidariti Islam" ini dilangsungkan di kota Qatif dengan mengemukakan tuntutan hukuman Qisas terhadap pelaku jenayah yang menyebabkan kematian penduduk awam dan pembebasan segera tahanan dalam insiden serbuan polis beberapa hari lalu.Sambil mengangkat poster mangsa pembunuhan polis, penduduk Awwamiyah mengutuk serbuan ejen keselamatan ke wilayah tersebut.Jenazah kedua-dua mangsa bunuh tersebut dijangka akan diiring penduduk tempatan ke tanah perkuburan dalam upacara perarakan jenazah beberapa hari lagi. Jawatankuasa pengurusan jenazah tersebut mengundang orang ramai agar menyertai perarakan secara besar-besaran.Rejim Al Saud telah membunuh lebih dari 20 orang dalam beberapa insiden serangan terhadap penduduk awam sejak tahun 2011.Berita Berkaitan:Dua Syiah maut dalam serangan rejim Al Saud (+18)